Friday, March 25, 2011

xtahu

hari ni, tak tahu kenapa rasa sedih semacam.


banyak benda pk kat kepala kot ni.


tapi xpe, benda biasa sahaja.


bagus gak berfikir daripada xfikir langsung. lagi lah masalah jugak.


semoga hari ni, nurul farahana lebih baik dari semalam. amin

Friday, September 24, 2010

Ya Allah, sihatkanlah nenekku dan panjangkanlah umur nenekku...

Dear grandma,

I am grateful for having the best grandmother. 


I couldn't stop myself from crying when seeing you cried. 

I'm going to miss you very much.

I will miss the moment when I combed your hair and tied it up.

I love you grandma.

Wanna huggggggg you and kiss your hand and your forehead and your pipi for sure.

Don't fall sick and stay strong please.

I will always pray for you and be by your side.

Merenung hadith ini

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.” - (al-Bukhari)


Saya sedang merenung dan bermuhasabah sendiri...

Tuesday, April 27, 2010

Life is so sweet

Semalam sambut birthday Ma…

Terima kasih my sweethearts (Hafizah, Farahin, Aqilah) sbb membantu masak and prepare semua…

Terima kasih sahabat2 lain yang datang meraikan…

Alhamdulillah, saya gembira…

Thanks kepada yang merakam video (Intan n Afiq)
Yang amek gambar semua2 tu….

Yang makan semua…Yang tolong nyanyi birthday song…

Alhamdulillah semua berjalan lancar walopon makanan yg disediakan oleh kami sikit je berbanding org yg datang...Alhamdulillah Ya Allah...

Terima kasih….

p/s: Life is beautiful...
Although sometimes we are down, but still, life is full of happiness and hopes...

walaupon saya bergembira sangat2 semalam, tetapi, ini hanyalah nikmat dunia...

Apapun kenikmatan yang diberikan kepadammu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan kekal bagi orang yg beriman dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal..(Asy-syura:36)

Happy Birthday yang ke 51 buat Ma yang disayangi...

Thursday, April 22, 2010

TO A FRIEND

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni Farahana sedih lagi...
Farahana sangat menyayangi seorang sahabatnya yg selalu berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama-sama sejak di Ipoh lagi...
Tapi, kerana satu kesalahan, dia mungkin akan menjauhkan diri daripada saya...

Sahabat,
Mungkin engkau membenciku tetapi aku tidak pernah membenci dirimu.
Mungkin aku menyakitimu, tetapi aku tidak bermaksud begitu.
Aku juga tidak tahu, mengapa aku boleh melakukan begitu pada org yg aku sayangi...

Hanya satu,
Maafkan aku sahabat...
Janganlah engkau memutuskan persahabatan kita...
kerana aku sangat menyayangi mu... ;(

Wednesday, April 14, 2010

cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya xlayak pon nk bercakap tentang cinta.
Tapi, sepertinya, CINTA sgt sinonim ngn kehidupan kita. Cinta kepada Allah, cinta kepada rasulNya, cinta kepada ibu bapa, dan banyak lagi cinta yg ada.
Cinta, menunjukkan kesukaan, menyayangi, pengorbanan, kesabaran, kebahagiaan.

Misalannya,kerana kecintaan seorg ibu kepada anaknya, dia sanggup tidak tidur mlm, tidak dibenarkan seekor nyamuk pon hinggap di pipi anaknya yg sedang tidur, sanggup tidak tidur demi menjaga anaknya yg sakit.

Perkataan yg tidak asing lagi dr kehidupan seorang insan bergelar manusia. Namun, cinta juga amat memeritkan, apabila saat kita kehilangannya. Tidak percaya? Percayalah. Hehe…Kita mampu menangis berjam-jam,berbulan-bulan sekiranya kehilangan seseorg yg kita cinta. Mungkin ada yg merasakan tidak mahu jatuh cinta kerana bimbang disakiti atau ingin menjauhkan diri dari cinta, tetapi, cinta merupakan anugerah takdir, yang tidak mampu ditolak, hadir tanpa dipinta. Tetapi, satu hakikat kebenaran yg harus diterima,

Sekiranya,
kita cintakan manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang
yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai
orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
(quoted from somewhere, sori amek tp lupe nk acknowledge)

Kepada sesiapa yg telah jatuh cinta, atau mungkin sedang mencari cinta, hehehe, insyaAllah, nk berkongsi satu doa memandangkan isu cinta sgt membahayakan dan menular ke seluruh pelusuk bumi ini. (konteksnya, cinta antara lelaki dan perempuan lah ni. Faham2 je laaa)

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah di dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukan jodohyang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku.
( Aminah Qutb)

Terasa diri ini seorang pujangga cinta pula…hahaha! Geli la pulak.. Tapi xpe la kann…hehe..saje je nk menulis sal ni tibe2. Pastu nk konsi juga sesuatu seperti dibawah ini.

Rasulullah s.a.w brpsn,
"Cintailah org yg kamu cintai sewajarnya kerana boleh jd suatu hari kelak dia mnjd musuhmu. Dan bencilah musuhmu dgn sewajarnya, kerana boleh jd suatu hari kelak dia akn menjadi org yg kamu cintai"

(Riwayat Abu Daud, Al-tirmizi, dan Ibn Majah drpd Abu hurairah)

Dan lagi,

Sabda baginda:

"Masih belum sempurna iman seseorg drpd kalian, sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya, dan seluruh manusia.
(Riwayat al nasai')
Adakah kecintaan kita kepada Allah dan Rasul sudah melebihi kecintaan kita kepada manusia, kepada harta, kepada kemewahan dunia? Tepuk dahi, pikir sendiri. Huhu..

CINTAILAH ALLAH,
NESCAYA CINTA PASANGAN SOLEH TURUT KAU MILIKI. InsyaAllah.

Cinta yg bertandang dilubuk hati itu fitrah.
Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yg x d redai ALLAH, ia akan bertukar fitnah.
ALLAH S.W.T, memahami fitrah ini dgn mensyariatkn perkahwinan.
Justeru untk apa mesti menikmati cinta sebelum perkahwinan?
Seharusnya, kita bimbang rasa kecintaan itu menjadi tawar dan hambar, kehidupan hilang barakah, hilang kemanisan.
Hilang berkat, hilanglah kebahagiaan di dunia ini. Nauzubillah.
Tanpa keberkatan, hidup akan kucar-kacir. Mungkin bukan sekarang, tapi mungkin, kesannya, pada masa akan datang. Mungkin sebelum berkahwin, semuanya smooth and silky, tp lepas kahwin (jika ada jodoh), kesannya, ke atas anak-anak atau mungkin kepada benda-benda lain. Nauzubillah. Moga kita semua dijauhkan dari segala keburukan.

Maka, kuatkanlah diri kita, walaupun sakit dan perit sekalipon.

Ingatlah:

"sesiapa yg jatuh cinta, kemudianmenyembunyikannya hingga kematian menjemputnya, maka dia adalah seorang yg syahid.

(riwayat Hakim, Ibn asakir, al-Dailami dll)


Bukak la video kat bawah ni, yg diberikan oleh sahabatku bernama Nur Fathiah. insyaAllah, mampu mngalir air mata. hahahha. wink wink



http://www.youtube.com/watch?v=x7C0UewdVL8&feature=related

Wallahualam. (smile) hehe

Tuesday, April 13, 2010

Semalam yg mendung

Assalamualaikum.

Arini,bgn pas solat subuh da rase nk menulis...

Semalam sy menangis, penat sgt2 rasenye. Tapi xpe, sbb Farahin n Fizah kate, biarlah menanges sbb penat. Semua manusia atas dunia ni sebenarnye penat. Tapi,yg membezakan adalah, mereka penat berdasarkan reasons ape...ada yg penat sbb merompak, ada yg penat sbb lari dari dikejar polis, ada yg penat sbb masak buat kenduri, ada yg penat sbb kena stay up mlm2 nk jaga anak2(bg sesiapa yg ada baby). Semua org penat tp berbeza reasons. Dan, insyaAllah, saya harap kepenatan sy ni adalah kepenatan yg disukai Allah.

Skg, saya sedang mencuba sedaya upaya saya untuk bangkit semula dari kesedihan disebabkan kehilangan seseorg yg sgt disayangi. Bangkit semula tidak mudah tetapi tidak mustahil. Sepanjang kehidupan saya, inilah kali pertama saya ditimpa kesedihan iaitu ujian yg sangat besar. Mungkin bg sesiapa yg mengetahuinya, merasakan ujian ini tidak seberapa, tetapi bg sy inilah yg terbesar, plg menyakitkan yg pernah sy rasai sehinggakan sy merasa sgt lemah, lupa bahawa sy ini hanyalah hamba Allah, yg tidak layak bersedih kerana kesusahan hidup dunia yg sementara ni.






Semalam,sy bersedih kerana melihat satu gambar yg berkaitan sesuatu,disusuli dgn satu jenaka yg agak kasar drpd seorg senior sy sehinggakn sy merasa sedih sgt2. Saya merasa sgt geram n kecik hati sampai sy menangis sbb xmampu nk marah. Tapi sy tau, memg senior suke gurau tp xreti sgt. Nak buat camana,terima je lah…Setiap org ada kelemahan, jadi I can’t expect everyone to treat me all the same..Biasanya, saya xkesah pon ngn kate2 org… Cuma mebi smlm, kadar kepekaan sy terhadap kata-kata org sgt tinggi sehinggakan org bergurau pon, sy amek serius. Tapi Alhamdulillah,smlm g Iceland, jumpa kek coklat yg enak, mampu mengubat kesedihan. Tenkiu kawan2 sbb teman g Tesco smlm..hehe.


p/s: Kepada Hafizah dan Farahin, terima kasih sebab datang bilik smlm, memujuk. Fizah, jgn rase geram ngn diri sndiri sbb mu rs mu xreti pujuk aku tau…Mu pujuk aku terkesan je…Mu je yg rase camtu…When u hold my hands pon, and wiped my tears, aku da sgt2 lega masa tu, sbb aku tau, I have you both by my side to fill up the roles of a sister, who always love me and hug me when i need someone.Hopefully the love will not fade. Farahin, terima kasih atas kata-kata membina dari mu…bercerita sal Nabi Yusuf ngn Zulaika…pastu bg ayat-ayat yg sgt memujuk hati aku n mampu wak aku rasa hepi n xsedih lagi:


“Arah punyai senyuman yang bole buat semua orang rasa nak gelak selalu...(rindu gigi arah yang dulu..serious), walaupun Arah lebey kurus daripada aku (obviously), tapi arah punyai hati yang sangat gemuk dengan kasih sayang....
Walaupun ada orang tanya ada ka orang nak kat arah..bagi aku Allah S.W.T lebih tahu..Allah S.W.T dah sediakan untuk Arah orang yang bole terima Arah seadanya...
Arah sayang semua orang dan canteknya arah ni sampai hidupnya dikelilingi dengan orang yang sangat-sangat sayang padanya...

Kata2 ni Arah simpan untuk arah...bg semangat utk arah...Farahin, Fizah...terima kasih byk2 sbb selalu sokong arah n memahami....dok tau nk kate gane doh...bersyukur ngak ada kawan2 cam kamu semua...Tia,Erin, Erma, Qilah, Sue, Miu2, Tanton, Fini, Caza, Qilah...Terima kasih byk2 sayang2 ku...Moga Allah bls semua kebaikan kalian semua. Lov u!