Thursday, April 1, 2010

Saya Farahana






Baiklah, sekarang, saya nk tulis tentang diri saya...katon kat atas ni xde kaitan ngn saya..
Sebenarnya, saya sedar saya ni macam xberapa betul skek orangnye..huhuhu.

1.     Suke gelak xtentu pasal(orang laen rasa xkelakar,sy rasa kelakar. Kalau yg memg dah kelakar tu, gelak xingat dunia).

Bila pikir balik rasa cam teruk ngat diri ni. Adoi laaa...ape nk jadi ngn Farahana ni...Ma saya selalu marah (marah2 manje je, xde la sampai nk kena piyak. Btw, ‘piyak’ bermaksud merotan) Sebab Ma kata, orang pompuan xleh gelak kuat2 ngak…Saya tahu, dah la umo pon dah 21, tp nk wak camane…huhuhu… Die tergelak sendiri,xleh nk control…wuuu T_T. Tapi, lepas gelak, saya akan tersedar laaa.
Huhuhu..bile tersedar kenalah istighfar byk2..

Sebab ketawa byk2 sgt, boleh mematikan hati..Ini adalah kenyataan yg menyeramkan sbb kalau hati kita mati, kita mungkin akan kurang ingt Allah.
Erkk…Nauzubillah…

Kawan saya kata, kita kena selalu bersihkan hati (Jiraiya:2010)
Macamana nk bersihkan hati? Mestilah dengan membaca AlQuran juga bersolat…Jangan sampai baca Quran pon dah xmampu nk bersihkan hati…Kalau dah xmampu jugak,maksudnye,dah tahap kritikal lah tu… Wallahua’lam..

2.    Suke menanges. (Yang ni, xde la sampai xde sebab langsung pon,air mata nk mangalir)

Pertamanya, dalam bab makan makanan. Minuman xkesah sangat.
Baiklah,saya sangat2 lah tidak suke dengan keadaan diri saya yang sgt2 suke menanges xkire lah benda tu hanyalah benda kecik. Contohnya, nak makan drumstick (paha ayam) tapi dapat sayap ayam goring pon, air mata boleh kuar… Diharapkan sesiapa yg membaca tidaklah memandang serong pada saya. Silalah bersangka baek. Huhuhu…Sebab saya pon xsuke macam ni, tapi tidak dapat dielakkan juga…Jadi,harus bagaimanakah? Saya sekarang cube lah untuk menelan je bahagian2 ayam yang laen tp semestinya, kurang boleh menerima lagi..huhuhu… Saya juga mampu menanges kalau haritu saya nk mkn kek coklat tp kedai tutop…

Saya memang kalah dengan makanan..Adoi! Dugaan…kalau xdapat baju or benda laen xpe, janji,makanan yang saya nk mesti ada.
Terukkah saya? Mungkin juga.huhu..


Yang ni,saya xtau mcmana nk jadi kurang sensitive. Ada cadangankah? Erkk T_T

Keduanya, bab2 emosi dan perasaan. Biasalah, sayakan perempuan. Memang perempuan ni suke ngak nanges kot. Emosi xbetol sikit pon,air mata dah berbaldi-baldi keluar…Ape laaa…
TAK ROCK la Arah!!
Tapi tu laaa…kuar gak airmata..Homesick ke ape ke…airmata konfem ada lah untuk menemani…Grrr!! Geram ngn diri sendiri…
Sekarang ni,tgh belajar nk control diri daripada selalu menanges…terutama untuk benda2 yg xperlu…huhu. Someone once said to me, “Be strong! And Never give up!” Yeah! I will!!

Menangis itu perlu, tp sebaiknya, menangis lah kerana Allah. Kerana takutkan azab Allah, kerana menyesali perbuatan lalu yang dirasakan berdosa dan sebagainye..

Di sini saya sertakan, something tentang air mata. Ni pon saya petik somewhere gak..huhu :

Riwayat hadith menyatakan juga bahawa: " Sesiapa menangis kerana takut kepada Allah walupun sedikit daripada air matanya menitis ke tanah, maka dia tidak akan diazab pada hari Qiyamat".

Subhanallah,hebatkan orang yg menangis sbb takutkan Allah ni..huhu..pastu:
Diriwayatkan lagi dalam sebuah hadith bahawa: "Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".
" Api neraka diharamkan atas mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang tidak memandang sesuatu yang diharamkan (seperti memandang wanita yang bukan mahram dll) dan mata yang telah cedera di jalan Allah".

Wallahua’lam

No comments: