Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Sunday, April 11, 2010

kebaikan-keletihan. keseronokan-dosa.




Bismillahirrahmanirrahim.


Baeklah, hari ni nk bercakap tentang kebaikan dan dosa. huhu.
Biasanya, kita akan cepat rasa penat nk buat kebaikan berbanding dosa. Contohnya, nk bangun berqiamulail malam2, sangatlah susah dan memerlukan tenaga yang sgt byk untuk bangkit dari katil dan keluar dari selimut. Padahal, bilik air nk amek wudhuk xsampai 5langkah pon dari katil. Tapi kita tetap rase susah nk buat. Jangan bimbang, itu adalah perkara normal.


Tapi, sesungguhnya, yg susah nk buat tu laa Allah suka. hehhe..insyaAllah.


Kalau dilihat pula, kita senang je nk mengumpat org. Orang buat salah sikit, berceritalah kat sume org.hehehe...Bukan kat sorang dua, tapi sanggup pergi jalan g round seluruh kampung sbb nk mengumpat.hehehe...tenaga banyak lak untuk aktiviti itu n hepi lak dapat ngumpat org.haha!


Mengapakah? hurmmm...manusia memg diuji camni la kann.


Nk buat kebaikan akan rase berat sgt, tp nk buat kejahatan or dosa, rase cam senang je,pastu enjoy pulak tu mase buat...huhu.


Tetapi, ingat satu benda ni kalau nk buat kejahatan and ingat jugak kata-kata kat bawah ni kalau rasa susah sgt nk buat kebaikan:


Apabila kamu merasa letih kerana membuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. 
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. [Saidina Ali r.a.]

p/s:Mungkin contohnye xberapa padan,tapi diharapkan isinya dapat difahami.huhu

Monday, April 5, 2010

Jom pakat sebut





Bismillahirrahmanirrahim.

Baeklah,pada hari ini saya ingin berkongsi sesuatu tentang kalimat yg sgt dicintai Allah SWT. Hehehe…Saya ada terbaca sebuah hadis seperti di bawah:

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.aw. bersabda, “Ada dua buah kalimat yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan, dan keduanya dicintai oleh Allah iaitu 'Subhanallahi wabihamdih, Suhanallahil ‘azhim’.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Walaupon ayat saya agak skema, tp xperlu la kesah pon sal ayat saya kan…huhu..
Saya nk kongsi kat sini, marilah kita sama-sama menyebut kalimah 'Subhanallahi wabihamdih, Suhanallahil ‘azhim’ dan jadikanlah ia sebagai kelaziman kita. (rasanya betol doh kelaziman, yg bermaksud, ‘habit’ kite dalam bahasa oramputehnye)

InsyaAllah, dalam kita nk meraih cinta Allah, kita kena lah buat benda yg Allah suke, kena sebut kalimah yg Allah suke kite sebut. Time2 naik bus tu, tggu kat bus stop Hearsall Common ke, depan Humanities building ke, depan Jusco ke, memane je laaa.....boleh la sebut kalimat tu..heheh…daripada kite berbual kosong,menyanyi-nyanyi atau bersiul-siul…. Hehhe! Takpon, mase tengah tggu ayam KFC ke, ayam kat chicken cottage ke, kat Nando’s tu ke siap, sebut laaa kalimat tu ye…xsusah pon kann…hehe

Sama-samalah kite amalkan.

Wallahualam. 

Saturday, March 27, 2010

Sebutlah Laillahaillallah






Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah, maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. 

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. 

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu...

'wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'. 

Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. 

Berkata burung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah 
Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini'.

Berkata malaikat itu, 'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. 

Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah.
Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. 

Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan
di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh
Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

p/s: I've read this from Kak Nora's note...hihihi..
Sorry ciplak....tp dirasakan sangat berguna...
Tenkiu Kak Nora....