Saturday, March 27, 2010

Sebutlah Laillahaillallah






Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah, maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. 

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. 

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu...

'wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'. 

Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. 

Berkata burung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah 
Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini'.

Berkata malaikat itu, 'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. 

Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah.
Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. 

Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan
di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh
Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

p/s: I've read this from Kak Nora's note...hihihi..
Sorry ciplak....tp dirasakan sangat berguna...
Tenkiu Kak Nora....

Sunday, March 21, 2010

KATA-KATA SAHABATKU







Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya, saya mempunyai sangat ramai sahabat juga rakan yang sangatlah menghiburkan hati....Di kala saya kesedihan, di situ lah mereka ada untuk saya...Betapa saya menyayangi mereka....Hanya DIA yang tahu...Betapa saya sangat bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang baik hati juge comel2 belaka (walaupon xsecomel saya)..ekekeke...

Saya pernah ditimpa ujian yang dirasakan sangat memedihkan, menyedihkan, sehingga saya merasakan saya keseorangan, tidak punyai sesiapa, jauh dari keluarga...Tapi, dengan adanya mereka yang sentiasa memberi semangat, perasaan sedih itu hilang (kadang-kadang muncul balik gak) hehehe.....

Di sini, saya meng'quote' kata-kata mereka, yang pasti tidak akan dilupakan oleh saya:

Pertamanya, adalah daripada seorang makhluk yang suke hijau,diberi nama Nur Farahin, anak kepada Pak Cik Ismail:

"Farahsuke hijou sangat sayangkan Arahsuke Lempeng tapi Allah S.W.T lebeh sayangkan dia berganda-ganda..sebab tu Allah S.W.T hadirkan macam-macam perasaan dan dugaan dalam hidup dia."

  Saya menangis membaca kata-kata ini kerana dia membuatkan saya sedar, saya sangat disayangi olehnye. Dan die juga menyedarkan saya, bahwasanya, Allah SWT sangat menyayangi diri saya yang kerdil ini, sebab tu, Allah bagi ujian pada saya...

-ini dipetik pada masa selepas yang di bawah ni. hehehe-

Buat Arah yang farahin tahu tak pernah putus asa dan masih tersenyum walaupun agak keletihan…

"Saat KEKALAHAN itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan, dan saat KEMENANGAN itu bermula apabila kamu melawan kelemahan itu."


p/s: I will never forget your words, dearie. 

Well, I know you love me very much.

Therefore, thanks alot! 

Saya dihadirkan juga dengan seorang sahabat yang dinamakan Hafizah, anak kepada Pak Cik Abdullah. Dia seorang yang macho, tetapi tidak semacho saya. hehhee.. Dia seorang yang sangat penuh dengan kata-kata motivasi, yang semestinya, membuatkan saya sentiasa bermotivasi, kuat untuk meneruskan kehidupan yang penuh dugaan ini. Dia menyedarkan saya, betapa saya tidak perlu tunduk kepada dunia yang sementara. Dia memberi kesedaran kepada saya, bahawasanya, saya seorang yg kuat semangat, tidaklah lemah seperti yang saya sangkakan. Dan, dia selalu bersama saya,menerima saya apa adanya, tidak jemu memberi nasihat kepada diri saya. 

Katanya kepada saya:

'Arah budak yg kuat. sekuat badang. malah lebih kuat dari itu. Sebab arah perempuan. kekuatan itu dari sudut emosi. Emosi perempuan adalah kekuatan dalaman yg paling utama. Kekuatan itu berlandaskan keimanan mereka. Jangan serik untuk memohon. Kita tidak tahu detik yg mana mungkin paling berkat untuk permohonan dimakbulkan.'

p/s: Saya terharu dapat kata-kata ni tau....hehehhee....mekaseh ayamku..
Awak membuatkan saya sedar bahawasanya, doa itu sangat penting, dan saya harus sentiasa berdoa,tidak berputus asa. Terima kasih Hafizahku sayang...
(Ini first time ber'awak-saya' dengan hafizah. Mungkin agak menggelikan tetapi xmengapalah) hehehehe... 

Setelah Hafizah dan Farahin muncul, muncul juga sorang lagi makhluk ajaib bernama Erma Farida anak Pak Cik Hassan…hehehe….Dia jiran sebelah bilik saya di Liberty Park ni…Erma suka bg notes and kertas banyak2 kat saya…hehehe..semuanya kata-kata semangat untuk saya…

Terlalu banyak kata-katanya buat saya.. Tapi saya nk berkongsi satu daripadanya yang dirasakan sangat menyedarkan saya.






“Yakinlah dengan janji-janji Allah”






Ya, pas bace benda ni, saya yakin saya mampu lakukan apa je. Saya mampu hadapi hidup ini, dgn syarat saya harus bersabar setiap kali dugaan melanda. Insyallah Erma.



P/s: Terima kasih banyak2 Erma…yang lain arah xnk tulis sbb Arah nk simpan untuk diri Arah. Dan terima kasih xterhingga dengan semua kata-kata tu… setiap kali arah sedih, kata-kata tu akan arah bace, dan hayati, sampailah arah rase tenang… ^___^

ehem2: Aireen,Sue,Qilah...nnt ade entry laen nk buat..masih being editted...hehehee.... ^___^
utk nur fathiah ,





nadiatul ajeerah, ahmad faheem, ahmad faris, ahmad zeiree semestinya 




juge ade...^__^












intan nur shuhada dan afini juge... ^___^










Hanis Aqilah, Syafini, Alya juge....


Juga syazarina dan Hanis azhan...
dan kawan2 laen juge....ngeee! ^___^