Wednesday, April 14, 2010

cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya xlayak pon nk bercakap tentang cinta.
Tapi, sepertinya, CINTA sgt sinonim ngn kehidupan kita. Cinta kepada Allah, cinta kepada rasulNya, cinta kepada ibu bapa, dan banyak lagi cinta yg ada.
Cinta, menunjukkan kesukaan, menyayangi, pengorbanan, kesabaran, kebahagiaan.

Misalannya,kerana kecintaan seorg ibu kepada anaknya, dia sanggup tidak tidur mlm, tidak dibenarkan seekor nyamuk pon hinggap di pipi anaknya yg sedang tidur, sanggup tidak tidur demi menjaga anaknya yg sakit.

Perkataan yg tidak asing lagi dr kehidupan seorang insan bergelar manusia. Namun, cinta juga amat memeritkan, apabila saat kita kehilangannya. Tidak percaya? Percayalah. Hehe…Kita mampu menangis berjam-jam,berbulan-bulan sekiranya kehilangan seseorg yg kita cinta. Mungkin ada yg merasakan tidak mahu jatuh cinta kerana bimbang disakiti atau ingin menjauhkan diri dari cinta, tetapi, cinta merupakan anugerah takdir, yang tidak mampu ditolak, hadir tanpa dipinta. Tetapi, satu hakikat kebenaran yg harus diterima,

Sekiranya,
kita cintakan manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang
yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai
orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
(quoted from somewhere, sori amek tp lupe nk acknowledge)

Kepada sesiapa yg telah jatuh cinta, atau mungkin sedang mencari cinta, hehehe, insyaAllah, nk berkongsi satu doa memandangkan isu cinta sgt membahayakan dan menular ke seluruh pelusuk bumi ini. (konteksnya, cinta antara lelaki dan perempuan lah ni. Faham2 je laaa)

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah di dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukan jodohyang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku.
( Aminah Qutb)

Terasa diri ini seorang pujangga cinta pula…hahaha! Geli la pulak.. Tapi xpe la kann…hehe..saje je nk menulis sal ni tibe2. Pastu nk konsi juga sesuatu seperti dibawah ini.

Rasulullah s.a.w brpsn,
"Cintailah org yg kamu cintai sewajarnya kerana boleh jd suatu hari kelak dia mnjd musuhmu. Dan bencilah musuhmu dgn sewajarnya, kerana boleh jd suatu hari kelak dia akn menjadi org yg kamu cintai"

(Riwayat Abu Daud, Al-tirmizi, dan Ibn Majah drpd Abu hurairah)

Dan lagi,

Sabda baginda:

"Masih belum sempurna iman seseorg drpd kalian, sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya, dan seluruh manusia.
(Riwayat al nasai')
Adakah kecintaan kita kepada Allah dan Rasul sudah melebihi kecintaan kita kepada manusia, kepada harta, kepada kemewahan dunia? Tepuk dahi, pikir sendiri. Huhu..

CINTAILAH ALLAH,
NESCAYA CINTA PASANGAN SOLEH TURUT KAU MILIKI. InsyaAllah.

Cinta yg bertandang dilubuk hati itu fitrah.
Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yg x d redai ALLAH, ia akan bertukar fitnah.
ALLAH S.W.T, memahami fitrah ini dgn mensyariatkn perkahwinan.
Justeru untk apa mesti menikmati cinta sebelum perkahwinan?
Seharusnya, kita bimbang rasa kecintaan itu menjadi tawar dan hambar, kehidupan hilang barakah, hilang kemanisan.
Hilang berkat, hilanglah kebahagiaan di dunia ini. Nauzubillah.
Tanpa keberkatan, hidup akan kucar-kacir. Mungkin bukan sekarang, tapi mungkin, kesannya, pada masa akan datang. Mungkin sebelum berkahwin, semuanya smooth and silky, tp lepas kahwin (jika ada jodoh), kesannya, ke atas anak-anak atau mungkin kepada benda-benda lain. Nauzubillah. Moga kita semua dijauhkan dari segala keburukan.

Maka, kuatkanlah diri kita, walaupun sakit dan perit sekalipon.

Ingatlah:

"sesiapa yg jatuh cinta, kemudianmenyembunyikannya hingga kematian menjemputnya, maka dia adalah seorang yg syahid.

(riwayat Hakim, Ibn asakir, al-Dailami dll)


Bukak la video kat bawah ni, yg diberikan oleh sahabatku bernama Nur Fathiah. insyaAllah, mampu mngalir air mata. hahahha. wink wink



http://www.youtube.com/watch?v=x7C0UewdVL8&feature=related

Wallahualam. (smile) hehe

4 comments:

anonymous said...

terbaik la ngek!
aku suko!

vector said...

bereh NGAK!
aku suko jugok!
ngeh!

Anonymous said...

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu..yg menciptakan segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakit hatimu,yg membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu..kerana, masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya utk sesuatu yg sia-sia..Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yg Dia mahu..kerana Dia tahu, hati yg sebeginilah yg lebih lunak, mudah utk dekat, dan akrab dengan-Nya.."

Moga diriku juga seindah dirimu wahai sahabat..hanya Allah yg tahu segalanya tentang diriku..doakan kesejahteraanku..~

Achillea~

vector said...

to achillea(i kno you):
setiap insan yg dijadikan Allah swt adalah indah insyallah...semoga kita menjadi hambaNya yg menghargai keindahan yg dikurniakan..^___^