Friday, December 30, 2011

Pagi hari terakhir tahun 2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Esok masuk tahun 2012. yahuuuuu
Umur pon dah jadi 23 tahun :O
Tua nya T________T

Mula lah sesi bermuhasabah diri setelah sekian lama hidup selama setahun pada tahun 2011.

Kalau tahun ni, azamku seakan-akan sama dengan yang tahun-tahun sebelum tu. Cuma ingin menjadi lebih baik dan tahun ni aku sedar, aku masih terikat dengan pengharapan kepada manusia, bukan kepada Allah semata-mata. Maksudnya, mungkin pada tahun ini, aku masih berharap pada seseorang, sehinggakan aku kadang-kadang lupa kenyataan bahawa kalau Allah tak izinkan, makanya tidak ada apa yang boleh jadi even merancang baikkkk punyaaa! :D wehuuu

Maka, tahun 2012, salah satu azam baruku adalah untuk melepaskan segala yang patut dilepaskan. Sebab, memang nak betul-betul bergantung harap pada DIA je. bukan taknak usaha, tapi rasanya melepaskan adalah usaha yang terbaik untuk masa ini. :)

Tahun ni, alhamdulillah, rasa lebih ringan berbanding tahun 2010. Mungkin sebab dah biasa terima ujian yang serupa, jadi tahun ni, hati sedikit immune dengan kesedihan atas perkara itu. Alah bisa, tegal biasa.

Pastuu, belajar satu benda yang mana kita tak boleh expect orang untuk sentiasa stay dengan kita, sayang kita dan tak tinggal kita sebab hakikatnya, semua benda kat dunia ni sifatnya sementara. Kecewa? Mestilah rasa kecewa tu. Sedih? Mestilah, kita manusia ada perasaan kot. Tambah-tambah perempuan.

Walaupun banyak dengar lelaki ni jenis cepat bosan bila dah lama-lama, tak reti nak maintain hubungan,jenis yang tak berapa setia dan sebagainya, tapi jauh di sudut hatiku, (ceewahh), ada je laki2 yang setia, penyayang,baik,bertanggungjawab dan sebagainya yang macam orang perempuan duk harapkan. Cuma, kena sabar dan yakin! :D

Pastuuu, kita perempuan, jangan jual murah. Kena jual mahal sikit. Kalau orang tak hendak, kita pon takyah nak menempel lagi. Kita pon baik lepaskan dan lari jee. Buat apa nak pergi kat dia lagi kan? Boleh kalau nak terus sayang, perasaan tu mana boleh nak halang unless Allah yang hilangkan perasaan tu. Tapi maksudnya, takperlu la pergi merayu melutut menangis dah. Lepaskan sahaja. Serahkan bulat-bulat urusan hati dan jodoh pada tangan Allah. Kenapa nak takut, Allah kan ada. Nangis merayu dekat Allah sudah cukup untuk membuatkan kita kuat. Yakin dan percayalah dan tolonggggg lah percayaaaa


1 comment:

Anonymous said...

hehheheh......cool blog :P <3