Sunday, January 1, 2012

2012

Kerana aku seorang Muslimah, aku tahu setiap perlakuan dan pilihanku samada akan mengheretku ke Syurga atau Neraka. Dan Syurga bukanlah pilihan tetapi jalan yang harus dipilih. Siapa yang nak masuk Neraka? Tak ada orang nak. Nauzubillah.

Dah tahu nak masuk syurga, maka, dalam setiap benda yang kita buat, mesti difikir dan direflek balik. Kalau rasa benda yang kita buat tu Allah suka, Nabi pon buat, insyAllah itu adalah amalan-amalan yang boleh lead us to Jannah. Dan, nak tahu Allah suka tak kita buat tu, kena check balik. Cari ilmu sebab kadang-kadang kita terlepas pandang benda yang kita boleh buat dan tak boleh buat sepanjang kita hidup ni. Contoh paling mudah, baruku tahu rupanya nak belek helaian AlQuran guna air liur adalah haram (Ustaz Azhar Idrus). Baca Quran benda mulia tapi, sebab satu tindakan kecil, kita dah buat benda Allah tak suke.

Pentingnya ilmu. 

Tahun ini, semoga Farahana akan jadi super duper better than last 22 years. insyAllah. Banyak ruang nak ubah.
1. Perhubungan dengan Allah
2. Percakapan
3. Pergaulan dan perhubungan (dengan Ma Abah, adik beradik, kaum keluarga, sahabat sama jantina dan lain jantina)
4. Pemakanan (masak,pemilihan makanan sihat ikut cara Rasulullah dll)
5. Pengamalan doa-doa dalam AlQuran dan sunnah
6. Kebersihan dan kekemasan diri/bilik/rumah
7. Punctuality 
8. Pemikiran
9. Pengaturan masa/ time management (bila nak mengaji, solat, belajar, usrah, spend masa dengan kawan)
10. Pencarian dan penggalian ilmu. Nak jadi orang lebih berilmu insyAllah
11. Adab dengan jiran-jiran. (Rindu nak jumpa TokSu, MokNab dan lain-lain. sobsob)
12. Pemakaian

Semalam berbual-bual dan berbincang, rupanya banyak lagi kerja yang kena buat.
Persoalannya, Bila nak mula buat? Macamana nak buat? :)


No comments: