Saturday, January 7, 2012

Thalhah bin Ubaidillah

Salam wbt. Harini rasa tension buat esaimen, berhenti kejap baca cerita pasal Thalhah lepas tertengok satu hadis Nabi:


"mahukah kalian melihat orang yang syahid tetapi masih hidup?", soal Rasulullah s.a.w. "mahu ya Rasulullah..".
"maka lihatlah Thalhah bin Ubaidillah".


Tertanya-tanya kenapa agaknya Thalhah ni begitu istimewa sehingga Rasulullah menyebut namanya. Mesti la sebab dia sangat hebat. Dan, rupanya saya tak ingat dan tak tahu sangat pon pasal Thalhah ni. Astaghfirullah. Teruk betul rasa. Tengah nak google cari pasal dia, tiba-tiba ada orang baik hati tolong carikan :) terima kasih..
Kenapa Thalhah sangat istimewa? Banyak sangat sebabnya. 

Pertama, ketika peristiwa Perang Uhud, Thalhah bermati-matian melindungi Rasulullah. Dia tak sedikit pon gentar untuk pergi menawarkan diri bagi memerangi musuh. Tak kurang 79 luka bekas tebasan pedang, tusukan lembing dan lemparan panah memenuhi tubuhnya. Pergelangan tangannya putus sebelah. Allahu Allah. Tak terbayang rasa sakit tu. 

Kedua, Thalhah sangatlah dermawan. Beliau sangat susah hati bila beliau mempunyai wang yang sangat banyak di tangannya. Dan, setiap kali dia dapat keuntungan yang banyak hasil daripada perniagaannya, pada malam hari, dia akan susah hati memikirkan wang yang banyak tersimpan di dalam rumahnya. Dia akan membahagi-bahagi dan menyedekahkan wang nya sehingga habis kepada orang-orang miskin. Allahu Allah. Kita sibuk mencari harta, Thalhah sibuk membahagi harta kepada orang lain. 

Ok, setakat ini dulu ;)

No comments: