Sunday, January 1, 2012

Nak masuk syurga tak?

Nak masuk syurga, kita kena TAHU macamana nak jadi HIS SERVANT and A CALIPH. Kena jadi dua-dua, takboleh jadi salah satu je. Bila kita jadi hamba Allah, maksudnya itu urusan kita dengan Allah semata. Tapi bila kita jadi khalifah, ini terkait kita dengan orang sekeliling kita. Maka, betu;-betul kena bekerja keras untuk menjaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia. Maksudnya kita takboleh nak fokus pada diri sendiri je jadi lebih baik tapi kena  bantu jugak orang-orang sekeliling kita. 


Banyakkan kerja kita? Diri sendiri pon xberapa nak betul,macamana nak tarik orang lain lagi? Maksudnya,  kita ni takboleh berasa senang lenang sangat hidup kat dunia ni. Tengok masyarakat Malaysia, akhalaknya bagaimana, adabnya bagaimana? Pergaulan bebas sana sini, zina, gejala lepak,minum arak, rokok dihisap merata, kurang ajar dengan ibu bapa dan paling menyedihkan anak dibuang di mana-mana. Nazubillah. Bukan nak mengata tapi betapa kita Muslim kena bekerja keras untuk membantu masyarakat kita. Kita tak patut rasa senang sekarang sebab kita tahu hakikatnya masalah akhlak di negara kita sangatlah teruk. Astaghfirullah. Di mana silapnya? Jangan kita pon penyumbang kepada masalah ini. Kita hidup kena cakna umat dan jadi orang yang berguna.


Kerana, 


Rasulullah SAW bersabda "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi sesama manusia" [HR. Thabrani dalam Al-Ausath]



No comments: